Friday, April 1, 2016

SAKIT !! TANGAN SANGKUT DALAM ESKALATOR ...


#CHINA - Tangan seorang kanak-kanak perempuan tersangkut di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli-belah lebih dari 40 minit dalam kejadian terbaru yang melibatkan eskalator di negara itu.

#Dalam kejadian jam 4 petang semalam, semasa berjalan bersama neneknya, mangsa dikatakan tersadung dan jatuh sebelum tangannya tersangkut di celah kanan eskalator.

#Tangan dan lengan mangsa tersangkut di tepi eskalator itu lebih dari 40 minit sebelum bantuan tiba.

#Kakitangan pusat beli-belah yang mendengar tangisan mangsa dan neneknya itu segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu. 

#Mangsa yang berusia 3 tahun itu kemudian diberikan bantuan dan berjaya diselamatkan. Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

0 comments :

Post a Comment